My Add

Saturday 27 October 2012

M’sia sediakan perubatan moden, komplementari

KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Oktober, 2012: Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.

Tsu Koon merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.

"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia, di sini hari ini.

Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment