My Add

Sunday 28 October 2012

Umum nama lebih awal bolehkan calon bersedia

BATU GAJAH, SABTU, 27 Oktober, 2012: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) bersetuju dengan cadangan supaya nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 diumum lebih awal bagi memberi persediaan awal kepada mereka yang dipilih.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, pengumuman itu juga dapat membantu calon yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan mempersiapkan diri.

"Sekurang-kurangnya apabila calon telah dikenal pasti, mereka dapat bergerak dan jika dalam masa dua, tiga bulan itu membuat kesilapan, mungkin pucuk pimpinan dapat melakukan sesuatu.

"Soal sabotaj ini akan berlaku sebelum dan selepas (pengumuman calon). Jadi, orang yang hendak sabotaj ini akan tetap melakukannya sama ada di peringkat awal atau akhir. Oleh itu, saya rasa lebih sesuai dibuat awal dan tempoh itu terserah kepada pucuk pimpinan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment