My Add

Saturday 27 October 2012

Murid harap ada yang sudi derma mata

*AHMAD Bashah Md. Hanipah (kanan) melihat mata Mohamad Amirul Hakimi Othman di Kampung Padang Luar, Tajar, Alor Setar, semalam. - BERNAMA

ALOR SETAR, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Melihat kembali keindahan ciptaan Tuhan merupakan impian seorang murid tahun tiga setelah mata kanannya cedera pada Mei lalu.

Kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Hakimi Othman, 9, yang buta sebelah setelah terkena serpihan mata mesin pemotong jubin itu menaruh harapan tinggi agar ada yang sudi menderma mata kepadanya.

"Saya cuma berharap mata kanan boleh melihat semula seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Padang Luar, Tajar di sini hari ini.

Bapanya, Othman Salleh, 43, berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi pada 1 Mei lalu ketika Mohamad Amirul ke rumah jiran di Kampung Padang Lalang untuk melihat rakan-rakannya mencanai besi basikal menggunakan mesin pemotong berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment