My Add

Saturday 13 October 2012

Mursyidul Am Pas tidak demokratik ketepikan ahli

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 20`12: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersikap tidak demokratik apabila mengetepikan pandangan ahli akar umbi parti itu yang membantah kerjasama dengan DAP.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, isu yang dibangkitkan sebahagian ahli Pas itu agak besar dan sepatutnya dibincangkan dalam satu muktamar khas.

Menurut beliau, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya sedar sebarang keputusan berhubung isu tersebut amat penting kerana kesannya boleh mempengaruhi masa depan negara.

“Ahli-ahli dan pemimpin akar umbi Pas tidak faham mengapa parti itu sanggup mempertahankan ‘tahaluf siyasi’ yang dijalin dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam, malah pemimpin-pemimpin DAP tidak menyembunyikan hasrat untuk meminda Islam sebagai agama Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment