My Add

Saturday 13 October 2012

Bukti Nik Aziz sanggup ketepi agama untuk politik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Oktober, 2012: Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas akan terus bekerjasama dengan DAP walaupun mendapat tentangan ahli akar umbi membuktikan beliau sanggup mengetepikan agama demi kepentingan politik.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, kenyataan itu memberi gambaran jelas yang Mursyidul Am Pas itu sanggup berbuat demikian hanya untuk meraih undi orang Cina dan India.

“Kita juga tahu bahawa Mursyidul Am Pas itu sanggup bersekongkol dengan sekutu Yahudi demi untuk kuasa.

“Saya berharap Nik Abdul Aziz berhenti mengelirukan umat Islam di negara ini dengan bertopengkan agama apabila berceramah politik bagi memelihara kesucian Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment