My Add

Saturday 6 October 2012

Mustafa Ali balas sindiran Azmin

 Azmin Ali, Mustafa Ali
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.

Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

“Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment