My Add

Sunday 14 October 2012

Najib sifatkan Kimma rakan akrab dan setia Barisan Nasional

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang kini ahli gabungan UMNO sebagai rakan akrab dan setia kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, kesetiaan itu terbukti apabila Kimma yang ditubuhkan sejak 36 tahun lalu bagi memperjuangkan untung nasib masyarakat India Muslim sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN.

Beliau yang berterima kasih di atas sokongan Kimma berharap, kongres itu sekali lagi memainkan peranan penting pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan BN mencapai kemenangan dengan mandat besar.

“Usia Kimma dan usia politik saya adalah sama. Saya telah 36 tahun melalui perjalanan sebagai orang politik manakala Kimma pula sudah 36 tahun memperjuangkan untung nasib masyarakat India Muslim di negara ini.

“Dalam tempoh itu, Kimma telah membuktikan tanpa dapat disangkal iaitu merupakan rakan akrab dan sahabat setia kepada BN. Kita tidak dapat menafikan sumbangan Kimma pada setiap kali pilihan raya diadakan.

“Kita harap pada pilihan raya umum akan datang Kimma sekali lagi tampil ke hadapan untuk membantu BN tanpa gentar," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kimma Ke-36, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader.

Dalam pada itu, Najib berkata, memandangkan Kimma memberi sokongan padu kepada BN, adalah amat wajar untuk kerajaan menyokong kongres tersebut khususnya dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat India Muslim.

“Apabila saya mengambil alih kepimpinan negara, saya tegaskan sebagai kerajaan kita perlu merasai denyut nadi rakyat, mendengar segala keluh resah mereka dan sebab itu kita akan meneliti 18 usul yang dikemukakan Kimma," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment