My Add

Sunday 14 October 2012

Isu Soros adalah satu peringatan - TPM

JOHOR BAHRU, SABTU, 13 OktOBER, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu George Soros yang ditimbulkan kembali bukan bertujuan dijadikan modal politik tetapi sebagai peringatan tentang tindakan penyangak mata wang itu yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak timbul isu itu akan memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN) kerana banyak pihak yang mempersoalkan peranan penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu yang membantu beberapa pertubuhan di negara ini untuk menjatuhkan kerajaan dan mempertikaikan banyak perkara.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah satu perkara bahaya. Peringatan oleh Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan-badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara.

"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita. Kita tidak gunakan itu sebagai 'political mileage' tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam portal pembangkang yang menyatakan taktik rejim boneka Soros sebagai satu isu yang boleh memberi kesan buruk kepada BN. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment