My Add

Thursday 18 October 2012

Nik Aziz 'terlajak cakap'

Oleh sahbulah darwi
 ALOR SETAR, RABU, 17 Oktober, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai 'terlajak cakap' apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut.

Seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak tetapi tidak diketengahkan dalam saf kepemimpinan.

"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment