My Add

Thursday 18 October 2012

Pendidikan percuma isyarat salah

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Dewan Rakyat diberitahu, pendidikan percuma anjuran pembangkang memberi isyarat salah dari segi harga pendidikan sehingga menyebabkan pengguna membuat keputusan yang tidak betul khususnya dalam aspek pelaburan pendidikan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kos pengajian tinggi tidak harus dibebankan ke atas pembayar cukai semata-mata sebaliknya perlu ditanggung bersama individu terbabit kerana kos itu merupakan pelaburan demi pulangan masa depan mereka.

Tegasnya, tiada istilah pendidikan percuma di mana-mana negara untuk pengajian tinggi kerana pasti ada pihak yang perlu membiayai kos pendidikan tersebut walaupun pembangkang sering menjadikan Turki sebagai contoh dalam membuat janji populis.

Menurut Mohamed Khaled, Turki sebenarnya turut mengenakan yuran pengajian di peringkat universiti dan pasca siswazah sama seperti di Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment