My Add

Tuesday 16 October 2012

Nilai 346,546 kompaun tidak dapat ditentukan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Sebanyak 346,546 kompaun yang nilainya tidak dapat ditentukan belum diambil tindakan ekoran kelemahan pengurusan dan penguat kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Laporan Ketua Audit Negara 2011 memaklumkan, semakan terhadap sistem syarikat dan perniagaan mendapati sebanyak 694,038 kompaun telah dikeluarkan bagi 2007 hingga 2009.

Selain itu, laporan tersebut mendapati SSM lewat mengambil tindakan untuk mengutip kompaun selepas 44 hari serta lewat mengemukakan kepada Bahagian Pendakwaan serta tidak mempunyai prosedur kerja kutipan dan pemantauan kompaun terperinci sebelum tindakan pendakwaan diambil.

Sehubungan itu, laporan tersebut mencadangkan SSM memberi pertimbangan kepada perkara berikut termasuk menjalankan pemantauan berkala terhadap pengurusan penguatkuasaan, mengemukakan kompaun tamat tempoh ke Bahagian Pendakwaan dan menyenaraihitamkan nama pengarah yang gagal menjelaskan kompaun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment