My Add

Tuesday 16 October 2012

Tuntutan perolehan peralatan MPAV dalam siasatan polis

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Tuntutan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) bernilai RM1 juta yang meragukan, kini berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas laporan dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Dalam maklum balas kepada Laporan Ketua Pengarah Audit 2011, Kementerian Pelajaran memberitahu, laporan polis turut dibuat oleh Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kluang, SMV Matang dan SMV Keningau.

Kementerian berpendapat, pembekal berkenaan telah memperdayakan kerajaan dengan membuat tuntutan palsu bagi mengelak dikenakan amaun denda yang tinggi kerana lewat menyempurnakan penghantaran dan membuat pengujian terhadap peralatan yang dibekalkan.

“Kementerian Pelajaran juga telah mengeluarkan surat kepada syarikat Sri Alam Equipment Sdn. Bhd. bagi menuntut nilai bayaran denda yang sepatutnya dikenakan kepada syarikat berikutan kelewatan pembekalan peralatan melalui surat bertarikh 8 Ogos 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment