My Add

Monday 15 October 2012

Pas masih perlukan kepemimpinan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Pas masih memerlukan kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu kerana tiada cacat celanya corak kepimpinan Menteri Besar Kelantan tersebut dalam mengemudi parti.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, atas sebab itu juga tiada dalam kalangan ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Nik Abdul Aziz berundur daripada memimpin Pas.

“Setakat ini, tiada pula ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Tuan Guru berundur sebagai Mursyidul Am. Ini berlaku kerana kepimpinan Nik Abdul Aziz tiada cacatnya dan masih diperlukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang meminta Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment