My Add

Monday 15 October 2012

Pembangkang tidak mampu jamin keselamatan negara - Perkasa

PULAU PINANG, AHAD, 14 Oktober, 2012: Pakatan pembangkang tidak mampu menjamin keselamatan negara jika mereka mengambil alih pentadbiran kerana masing-masing memperjuangkan ideologi yang berbeza.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbezaan dasar antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semakin jelas ekoran perbezaan pendapat yang sering timbul antara mereka.

"Dasar ketiga-tiga parti itu boleh diibaratkan seperti langit dan bumi yang tidak memungkinkan mereka berjaya mewujudkan keamanan negara jika berkuasa," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkasa negeri kali ke-2 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment