My Add

Wednesday 10 October 2012

Pas perlu ambil garis perpisahan

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Pas perlu keluar segera daripada pakatan pembangkang yang bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi mempertahankan maruah sebagai sebuah parti yang dibina atas dasar menegakkan negara Islam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang melanda Pas kini terutama menerusi wujudnya dua puak yang tidak sependapat memperlihatkan parti itu keliru sama ada untuk menegakkan prinsip Islam yang didukung atau mengikut telunjuk dua parti komponen lain pembangkang.

Buktinya, kata beliau, Sasterawan Negara, Prof. Emiritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad telah mengeluarkan pandangan bahawa Pas telah lari daripada landasan perjuangan asal yang menjangkau addin (agama) sebagai falsafah.

‘‘Tindakan Shahnon yang merupakan ahli seumur hidup parti itu membuktikan terdapat kumpulan fanatik dalam Pas yang mahu kepimpinannya kembali kepada perjuangan asal parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment