My Add

Wednesday 10 October 2012

Pas tidak pertahankan Nasharudin

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Pas tidak akan mempertahankan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dalam pertelingkahan beliau dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan Nasharudin bahawa Karpal anti-Islam dikeluarkan atas kapasiti peribadinya dan tidak ada kaitan dengan parti.

"Mengapa kita perlu pertahankan Nasha kerana apabila mengeluarkan kenyataan itu beliau tidak ada tanya pendapat kita ahli Pas.

"Itu antara mereka berdualah, tentang Nasha yang keluarkan kenyataan Karpal anti-Islam dan Karpal menyanggah, jadi itu terpulang kepada mereka. Tidak ada kena mengena dengan parti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Perbalahan berterusan antara Pas dan DAP mengenai pelaksanaan hudud kembali timbul baru-baru ini selepas Nasharudin mengeluarkan kenyataan bahawa Karpal merupakan pemimpin anti Islam ekoran penentangannya terhadap pelaksanaan hukum itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment