My Add

Saturday 20 October 2012

Pas: Presiden MCA tak faham hudud

 SHAH ALAM, SABTU,, 20 Oktober, 2012- MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek keliru mengenai prinsip dan pelaksanaan hukum hudud kerana Umno tidak memberi kefahaman kepadanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Umno sepatutnya memberikan penerangan mengenai perkara itu kepada Soi Lek.

“Soi Lek tidak faham mengenai hudud dan dia tidak perlu komen mengenainya. Kita akan melaksanakan hukum ini melalui proses demokrasi.

“Peluang untuk berbahas terbuka luas untuk melihat implikasi pelaksanaan hukum itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak.

Mustafa berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persetujuan sebahagian masyarakat dan berharap pelaksanaan tersebut positif. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment