My Add

Saturday 20 October 2012

Soi Lek perlu minta maaf: Pemuda *as

NORSHAHZURA MAT ZUKI
SHAH ALAM, SABTU, 20 Oktober, 2012: Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam, lapor Sinar Harian

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.

No comments:

Post a Comment