My Add

Wednesday 3 October 2012

PDRM kenal pasti spesifikasi motosikal tingkat rondaan

ALOR SETAR, RABU, 03 Oktober, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti jenis dan spesifikasi 1,000 motosikal baharu yang akan digunakan untuk tujuan pencegahan jenayah.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, peruntukan RM20 juta untuk pembelian motosikal itu yang diumum menerusi Belanjawan 2013 akan dimanfaat sebaiknya.

Katanya, motosikal baharu tersebut akan diagih kepada negeri-negeri yang berada dalam senarai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya Kedah.

Menerusi Belanjawan 2013, PDRM diperuntuk RM6.5 bilion iaitu peningkatan 3.09 peratus berbanding Belanjawan 2012. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment