My Add

Monday 15 October 2012

Pelajar, anggota polis terbunuh dalam kemalangan

IPOH, ISNIN, 15 Oktober, 2012:Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di Tapah dan Kuala Kangsar semalam.

Pegawai Turus Trafik Perak, DSP Roy Suhaimi Sarif berkata, kemalangan pertama berlaku pukul 4.50 petang membabitkan seorang anggota polis dari Bukit Aman yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang.

Anggota polis terbabit, G. Ashwin Devagan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggang terbabas ketika tiba di Km 257 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar, katanya ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan kedua membabitkan seorang pelajar berusia 16 tahun dan kejadian berlaku pukul 10.50 malam di Km 6 Jalan Temoh-Sungai Lesung, dekat Tapah.

Wan Mohamad Amar Naim Abdullah yang dalam perjalanan ke rumahnya di Temoh, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas, katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment