My Add

Friday 12 October 2012

Pelajar SPM antara dua didakwa rompak DJ radio

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 12 OKTOBER, 2012: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan antara dua lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang juruhebah radio Best 104, bulan lepas.

Pelajar berusia 17 tahun itu dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dibacakan di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.

Pelajar dari Saleng, Kulaijaya itu dan Muhamat Arafi dari Senai bersama beberapa lagi yang masih bebas, didakwa merompak Julie Diana Omar Shariff, 34, dengan menggunakan pisau di No. 53, Jalan Kasim Nor, Kampung Sungai Danga, Taman Perling, pada 1 pagi, 29 September lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment