My Add

Sunday 7 October 2012

Pelancongan ganti petroleum teras ekonomi Terengganu - MB

KUALA TERENGGANU, AHAD, 07 Oktober, 2012: Pelancongan merupakan alternatif utama bagi menggantikan petroleum sebagai teras kepada ekonomi Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata ekonomi Terengganu kini bergantung kepada petroleum yang satu hari nanti akan kehabisan dan oleh itu ia perlu bersedia bagi merancakkan aktiviti pelancongannya.

"Terengganu yang kaya dengan alam semula jadi yang menarik seperti pulau di luar pantai, tasik, air terjun selain keunikan kebudayaan mampu menambat pelancong untuk berkunjung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment