My Add

Sunday, 7 October 2012

Empat maut, dua parah dalam nahas kereta langgar pokok
KUANTAN, AHAD, 07 Oktober, 2012: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.

Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment