My Add

Monday 22 October 2012

Pelarian Syria dijangka meningkat

AMMAN, AHAD, 21 Oktober, 2012: Angka pelarian Syria di Jordan dijangka meningkat kepada lebih sejuta orang menjelang musim sejuk yang bermula pertengahan bulan depan.

Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz berkata, setakat ini, terdapat lebih 600,000 pelarian Syria di Jordan termasuk 200,000 daripadanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut beliau, menjelang pertengahan bulan depan iaitu ketika bermulanya musim sejuk di rantau ini, dianggarkan sejumlah 700,000 lagi pelarian Syria akan memasuki negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment