My Add

Wednesday 17 October 2012

Pembeli rumah terbengkalai dinasihat tidak guna khidmat ejen

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Pembeli rumah yang menghadapi projek terbengkalai dinasihat mendapatkan bantuan terus daripada bank yang menyediakan pinjaman, dan tidak menggunakan ejen untuk menyelesaikan masalah mereka.

Presiden Institusi Perbankan Islam Malaysia Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata langkah tersebut adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka, daripada menggunakan khidmat ejen yang akhirnya mengenakan bayaran tinggi bagi khidmat yang diberi.

“Kami mendapat tahu perkara ini berlaku dan masalahnya ialah bank terikat dengan akta bahawa kami hanya boleh berurusan dengan pengguna, melainkan mendapat kebenaran secara bertulis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment