My Add

Wednesday 17 October 2012

KKLW laksana penambahbaikan susulan laporan Ketua Audit Negara

KUCHING, RABU, 17 Oktober, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Beliau berkata, antara penambahbaikan itu ialah membaiki semula keadaan jalan yang menjadi isu dan mengkaji semula keupayaan pihak pemaju yang dilantik, khasnya di Sarawak.

“Berdasarkan laporan, secara keseluruhan pendekatan yang KKLW lakukan dari segi pengurusan kewangan amat baik, cuma mungkin ada satu projek jalan raya di Sarawak yang mempunyai masalah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Giatmara Stampin di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment