My Add

Thursday 11 October 2012

'Pemimpin tamak, Islam hancur'

Oleh YULPISMAN ASLI
 KOTA BHARU, RABU, 10 Oktober, 2012: Sikap tamak pemimpin Islam terhadap kuasa berbanding kepentingan agama akan hanya menyebabkan kehancuran kepada umat Islam.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sikap tamat sedemikian juga boleh membawa kehancuran kepada negara Islam, selain mencalar kesucian agama Islam itu sendiri.

Beliau berkata, pemimpin Islam sepatutnya lebih mengutamakan usaha mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam, mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

"Sikap tamak kuasa itu juga boleh membawa kepada hilangnya kemuliaan agama dan umat Islam itu sendiri apabila mereka saling bertelagah sesama sendiri semata-mata hendak mengejar kuasa.

"Lebih buruk lagi, akibat tamakkan kuasa, mereka sanggup pula bersekongkol dengan golongan kafir atau bukan Islam, sedangkan sesama Islam sering bertelagah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment