My Add

Thursday 4 October 2012

Pemuda BN bayar wang pendahuluan
 
PULAU PINANG, RABU, 03 Oktober, 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menunaikan janji untuk membeli tanah di Taman Manggis daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan membayar wang pendahuluan sebanyak satu peratus daripada harga belian secara tunai.

Ketua Pemudanya, Oh Tong Keong tiba di depan pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kira-kira pukul 10.30 pagi bersama wang berjumlah RM224,073 dan mesin kira.

Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila beliau dihalang masuk oleh pengawal keselamatan manakala kakitangan pejabat Ketua Menteri enggan menerima wang berkenaan.

Tong Keong bersama beberapa ketua parti komponen Pemuda BN negeri kemudiannya dibawa oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Faridah M. Yaakob ke sebuah bank terletak berhampiran bagi mendepositkan bayaran pendahuluan itu ke dalam akaun Bendahari Kerajaan Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment