My Add

Wednesday 10 October 2012

Pencarian anak angkat sumbang kes pemerdagangan bayi

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Perbuatan membeli bayi untuk dijadikan anak angkat oleh pasangan yang sukar mendapat zuriat merupakan antara punca berlakunya kes pemerdagangan bayi di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie berkata, faktor lain yang menyumbang kepada penjualan bayi ialah akibat kemiskinan atau hutang, kelahiran anak luar nikah serta pihak yang sengaja memerdagangkan bayi untuk mengaut keuntungan.

Heng berkata statistik menunjukkan 32 kes pemerdagangan bayi direkodkan di seluruh negara sejak 2010 membabitkan 13 kes pada 2010, 2011 (11 kes) dan lapan sehingga Julai tahun ini.

Antara langkah yang diambil pihaknya untuk mengelak kes seumpama itu berterusan ialah memperkenal proses permohonan mengambil anak angkat menerusi talian.

"Menyedari keinginan ibu bapa yang tidak berzuriat mengambil anak angkat, kerajaan mempermudah (proses itu) bagi mereka yang berminat," katanya menjawab soalan lisan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) berhubung langkah kerajaan mencegah penjualan bayi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment