My Add

Sunday 21 October 2012

Pencipta inovasi dibantu

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN, SABTU, 20 Oktober, 2012: Kerajaan akan mempermudahkan pemberian pinjaman kepada pencipta produk inovasi termasuk membabitkan teknologi hijau dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi generasi pencipta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, sehingga kini banyak syarikat yang mahu membuat pinjaman untuk menjayakan penciptaan sesuatu produk, namun tidak dapat berbuat demikian ekoran syarat ketat institusi kewangan.

Oleh kerana itu katanya, mereka tidak mempunyai rujukan kejayaan lampau ciptaan berkenaan dan menganggap ia sukar dipasarkan.

"Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi tujuan itu serta Kementerian Kewangan pula sedang menyelaras kaedah bagi membantu pencipta terbabit.

"Malah usaha itu sedang dilakukan bagi membolehkan proses pemberian pinjaman kepada mereka dilakukan kerana kerajaan menggalakkan bidang penciptaan dan inovasi berkembang di negara ini dilakukan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment