My Add

Sunday 21 October 2012

Misi bantuan KP1M ke Jordan

AMMAN, SABTU, 20 Oktober, 2012: Lebih 4,000 kanak-kanak pelarian Syria yang berada di kem Za'atri di utara Jordan berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan alat pembelajaran.

Berikutan itu, Misi Bantuan Kemanusiaan untuk Pelarian Syria anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) ke Jordan turut membawa bekalan bantuan berupa 5,000 beg sekolah, alat tulis untuk 7,000 kanak-kanak dan 111 papan putih untuk disumbangkan kepada mereka.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ekoran krisis yang melanda Syria, hampir setahun kanak-kanak di negara itu tidak bersekolah.

Menurut beliau, bekalan peralatan sekolah itu bukan sahaja diberikan kepada kem Za'atri di Mafraq, tetapi juga di kem-kem pelarian Syria lain di Jordan.

"Setakat ini beberapa sekolah telah didirikan di kem-kem pelarian Syria di sini tetapi mereka berdepan dengan masalah kekurangan kelengkapan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment