My Add

Wednesday 10 October 2012

Pendakwah jangan leka

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SYUKRI SHAARI
 KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Kelekaan golongan pendakwah terhadap kejayaan pembangunan Islam menjadi antara punca utama berlaku kepincangan dalam segelintir penganut agama itu kebelakangan ini.

Pensyarah, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Prof. Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, umat Islam di negara ini berhadapan dengan pengulangan kedaifan dalam pemahaman agama seperti mana berlaku pada era 60-an.

Katanya, gerakan dakwah Islam kuat serta kukuh menjelang 70-an dan 80-an sehingga semakin ramai golongan wanita bertudung, wujud restoran halal serta perbankan Islam tetapi selepas itu semakin perlahan.

"Kita berhadapan dengan pengulangan era 60-an, aurat tidak lagi diutamakan oleh golongan wanita dan hukum Islam semakin diabaikan. Golongan pendakwah pula leka kerana cepat berpuas hati dengan kejayaan mengukuhkan fahaman Islam ketika era 80-an," ujarnya. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment