My Add

Wednesday 10 October 2012

Rosmah gesa wanita main peranan aktif perkukuh etika perniagaan

DOHA, RABU, 10 Oktober, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa kaum wanita supaya memainkan peranan lebih aktif dalam institusi dan pertubuhan masing-masing untuk mengukuhkan etika perniagaan.

Beliau berkata, wanita mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan etika perniagaan atas sifat sebagai ibu dan pendidik yang memerlukan mereka menyemai kepercayaan dalam hubungan yang mereka bina dan pupuk setiap masa.

"Sebagai ibu, kita mempunyai tanggungjawab dan peluang untuk memupuk nilai yang betul serta menyemai perilaku terpuji dalam diri anak-anak kita. Inilah nilai-nilai dan perilaku yang akan menjadikan mereka insan beretika.

"Lagipun, peranan kita, termasuk yang bersifat penugasan berbilang dalam rumah tangga dan tempat kerja, menuntut kita menunaikan janji terhadap mereka yang bergantung hidup dan mengharapkan kita," katanya dalam ucaptama bertajuk 'Peranan Wanita Dalam Mengukuhkan Etika Perniagaan' pada program anjuran Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar di Inside Investor Forum Asia 2012, di sini.

Forum dua hari itu, yang bermula Isnin dan dianjurkan kumpulan media dan perunding antarabangsa Inside Investor, merupakan acara berkaitan perniagaan peringkat tinggi yang menghimpunkan ketua negara, pelabur serta eksekutif syarikat terkemuka dari negara anggota Asean dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi mengenal pasti peluang pelaburan yang terdapat di dua rantau itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment