My Add

Wednesday 10 October 2012

Penerbit filem anti-Islam kembali di mahkamah, guna nama baru

LOS ANGELES, RABU, 10 Oktober, 2012: Penerbit filem yang didakwa mengeluarkan video sehingga mencetuskan bantahan keras di kalangan negara Islam dijangka hadir di mahkamah sekali lagi hari ini untuk kes berbeza, kata pegawai.

Mereka memberi nama baru kepada penerbit itu. Mark Basseley Youssef - yang sebelum ini hadir dengan nama Nakoula Basseley Nakoula akan muncul di mahkamah di sini dengan kawalan ketat. 

Berikutan kebimbangan terhadap keselamatan tertuduh, media dan orang ramai hanya dibenarkan menyaksikan prosiding menerusi sidang video daripada bangunan berasingan, sama seperti kes pertamanya ketika muncul di mahkamah pada bulan lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment