My Add

Wednesday 10 October 2012

Pengambilan pelajar tingkatan 4 ke asrama penuh, MRSM diteruskan
 *MUHYIDDIN menjawab soalan media selepas membuat
lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.
 - Foto Mohd Yusni AriffinK 
* MUHYIDDIN ketika membuat lawatan sambil diiringi
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak
Setia, Maimon Ahmad (kiri). - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Pengambilan pelajar tingkatan empat ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak akan dihentikan walaupun peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan pada 2014.

 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem pentaksiran yang dikendalikan pihak sekolah akan menentukan kelayakan pelajar selain syarat lain bagi kemasukan pelajar cemerlang ke sekolah berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, sekolah satu sesi akan dilaksanakan di seluruh negara selewat-lewatnya dalam masa 10 tahun.

Buat masa ini, hampir 20 peratus saja daripada 10,000 sekolah yang masih mempunyai sekolah dua sesi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika membuat tinjauan
perjalanan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Jalan Seri Setia, Gombak, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment