My Add

Friday 19 October 2012

Penganggur didakwa cederakan polis, juru elektrik

PETALING JAYA, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pegawai polis dan seorang juru elektrik.

J.Chitharthan Kumar, 24, dari Puchong, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Inspektor Jasman Osman, dari Balai Polis Kinrara, dengan melanggar pegawai polis itu, menggunakan kereta, di Jalan Persiaran Kinrara, berdekatan susur keluar Lebuhraya Kesas menghala ke Shah Alam, pada 2 pagi, 13 Oktober lepas.

Chitharthan Kumar turut didakwa mendatangkan cedera terhadap S.Vijaya Varmah, pada bahagian kepala, tangan kanan dan kiri serta lutut sebelah kanan mangsa itu dengan menggunakan sebilah parang, berhampiran Restoran Belanga, Jalan TK 4/10, Taman Kinrara, Puchong, pada pukul 10 malam, 11 Oktober lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment