My Add

Friday 19 October 2012

17 nelayan asing langgar syarat memukat ikan ditahan

GEORGE TOWN, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Pulau Pinang menahan 17 nelayan negara jiran di kawasan 8.5 batu nautika (kira-kira 16 km) dari Pulau Kendi dekat sini kerana melanggar syarat memukat ikan.

Ketua Penguatkuasa APMM, Daerah Maritim (II) negeri, Kamaruszman Abu Hassan berkata, nelayan terbabit ditahan dalam kawasan rondaan agensi itu pukul 7.15 malam Selasa lepas.

"Seramai 14 orang daripada nelayan itu adalah warganegara Thailand manakala selebihnya rakyat Myanmar dan mereka menggunakan bot zon C untuk kegunaan di laut dalam tetapi melakukan kerja tangkapan ikan kurang 12 batu nautika dari pantai,” katanya di sini hari ini.

Kamaruszman berkata, nelayan terbabit dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Kesemua mereka yang berumur antara 22 hingga 74 tahun itu dibebaskan setelah membayar kompaun.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment