My Add

Sunday 7 October 2012

Penganjuran sidang antirasuah antarabangsa bukan pembaziran

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Penganjuran Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) bukan satu pembaziran sebaliknya menguntungkan semua pihak dalam mencapai objektif utama memerangi jenayah rasuah secara bersama di seluruh dunia.

Menurut Pengarah Pejabat Besar Pencegahan Penipuan Eropah, Giovanni Kessler, persidangan itu bukan sahaja menghimpunkan wakil-wakil agensi penguatkuasaan dunia malah membincangkan isu, masalah, penyelesaian, hubungan serta kerjasama dua hala yang boleh dibentuk bagi bersama membanteras jenayah rasuah.

"Saya tidak berpendapat penganjuran persidangan peringkat antarabangsa dikatakan satu pembaziran wang rakyat sedangkan isu rasuah merupakan isu ancaman dan keselamatan negara.

"Sewajarnya kita menghargai segala usaha untuk meningkatkan usaha dan komitmen berterusan itu bagi menangani rasuah secara bersama di peringkat global," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment