My Add

Sunday 7 October 2012

Kerjasama banteras rasuah Malaysia-Thai diteruskan

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Kerjasama membanteras jenayah rasuah rentas sempadan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) terus berkembang dengan termeterainya satu memorandum persefahaman (MoU) hari ini.

MoU tersebut yang melibatkan kerjasama teknikal termasuk perkongsian maklumat, kepakaran, risikan dalam operasi dan memberi latihan bersama ditandatangani sempena Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Ke-6 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (gambar), kerjasama itu dibentuk atas dasar persetujuan bahawa jenayah rasuah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia merupakan ancaman terbesar negara dan memerlukan kerjasama teknikal bersama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment