My Add

Wednesday 3 October 2012

Pengedar dadah ditahan, polis rampas ganja bernilai RM84,000

GEORGE TOWN, RABU, 03 Oktober, 201: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 23 ketulan mampat ganja seberat 28 kilogram bernilai RM84,000 di kawasan Bayan Baru, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt S. Batumalai berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika sedang memandi dari Bayan Lepas ke George Town pada pukul 3.30 pagi.

Hasil pemeriksaan dalam but kereta berkenaan, polis menemui 23 ketulan mampat daun ganja yang dibungkus seperti buah cempedak dengan saiz dan berat berbeza, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Ini adalah kali pertama kita jumpa bentuk bungkusan cara macam ini. Selama ini kita tengok semua bungkusan dalam bentuk empat segi dan dibungkus sekilo, sekilo," katanya.

Batumalai berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu mahu menghantar ketulan ganja terbabit kepada pengedar dadah lain.

Ini merupakan kali ketiga suspek ditangkap atas kesalahan sama. Sebelum ini dia ditangkap pada 2009 dan 2010, katanya.

Katanya, lelaki itu direman hingga 9 Okt untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment