My Add

Wednesday 3 October 2012

Keperluan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa perangi rasuah

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Oktober, 2012: Kerajaan Malaysia mengiktiraf kepentingan untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha memerangi rasuah dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan usaha memerangi rasuah merupakan satu bahagian penting dalam pelan besar kerajaan untuk mentransformasikan kerajaan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia telah menetapkan pembanterasan rasuah sebagai satu daripada keutamaannya, dengan memasukkan “Membanteras Rasuah “sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan," katanya.

Najib berkata demikian dalam kata-kata aluan sempena Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa AntiRasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 yang akan diadakan di sini mulai 4 hingga 7 Oktober.

Dengan bertemakan "UNCAC Bab VI: Bantuan Teknikal dan Pertukaran Maklumat", forum yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu akan disertai lebih 1,000 pegawai pencegahan rasuah dari lebih 100 negara yang akan memberi perhatian terhadap pertukaran maklumat dan bantuan teknikal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment