My Add

Tuesday 16 October 2012

Pensyarah kanan UTHM didakwa tipu pengusaha resort

*PENSYARAH kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Mohd Effendi Daud, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas tuduhan menipu wang seorang pengusaha resort sebanyak RM16,000.

JOHOR BAHRU, SELASA, 16 Okober, 2012: Seorang pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan menipu wang seorang pengusaha resort sebanyak RM16,000.

Mohd Effendi Daud, 39, dituduh menipu Paridah Husin, 46, pada 29 Julai tahun lalu di UTHM dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayainya akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil untuk pelajar UTHM sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 19 November ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Noor Fazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Syarif. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment