My Add

Friday 5 October 2012

Pentas gesa IWK lantik kontraktor berpengalaman baiki loji

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Pertubuhan Keselamatan Mutu Air Kumbahan dan Air Malaysia (Pentas) menggesa Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) melantik kontraktor berpengalaman bagi mengurus loji di sekitar Ampang yang tidak disenggara dengan baik dan sempurna.

Timbalan Presiden Pentas, Syed Abdul Razak Alsagoff berkata, IWK perlu memandang perkara tersebut dengan serius kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar loji berkenaan.

“Tindakan IWK yang tidak mengurus loji dengan baik menyebabkan air kumbahan dari loji mengalir terus ke longkang besar yang mengakibatkan longkang menjadi busuk dan tersumbat.

“Antara loji yang perlu diberi perhatian ialah loji yang terletak bersebelahan dengan Pangsapuri Pandan Indah dan Kampung Pandan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment