My Add

Friday 5 October 2012

55 peratus tenaga kerja wanita di M'sia menjelang 2015

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Malaysia dijangka memiliki 55 peratus tenaga kerja wanita menjelang 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Beliau berkata pelbagai program akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut termasuk waktu kerja fleksibel, bekerja dari rumah dan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

"Menurut Laporan Bank Dunia, sehingga 2011, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia ialah 47.9 peratus iaitu di bawah kadar purata negara Asia Timur dan Pasifik yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pembangunan Dunia 2012 mengenai Persamaan Gender dan Pembangunan di sini.

Noorul Ainur berkata, 71 pusat penjagaan kanak-kanak ditubuhkan di pelbagai agensi kerajaan dan 20 di sektor swasta untuk ibu bekerja.

Laporan pembangunan berkenaan menyebut menggalak penyertaan wanita kepada peluang pekerjaan dan ekonomi boleh meningkatkan produktivi di rantau berkenaan. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment