My Add

Saturday 20 October 2012

Penumpang bas cedera parah brek cakera terpelanting

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktobe, 201: Seorang penumpang bas cedera parah selepas brek cakera kenderaan itu yang seberat kira-kira dua kilogram tiba-tiba terpelanting lalu menembusi lantai sebelum mengenai paha kanannya di Jalan Kepong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Ahmad Ali Fatehurrozi, 20-an, duduk di bahagian belakang bas dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh bersama seorang rakan.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sentul, Izzar Kadir berkata, bas tersebut dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Kuala Selangor dan kejadian itu berlaku ketika kenderaan itu mahu berhenti mengambil penumpang berhampiran Balai Polis Kepong.

“Pihak kami menerima panggilan pada pukul 8.45 pagi dan menghantar empat anggota ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota JPAM memberikan rawatan kepada mangsa yang telah dibawa turun daripada bas oleh orang ramai sebelum menghantarnya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Izzar, beliau difahamkan, brek cakera itu terpelanting sehingga ke bumbung bas selepas mengenai kaki mangsa tetapi mujur tiada penumpang lain yang tercedera dalam kejadian tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment