My Add

Saturday 20 October 2012

Banglo runtuh: Tiada lagi mangsa terperangkap

SHAH ALAM. JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bumbung konkrit banglo yang sedang diubah suai di Jalan Jed 1 7/5A, Seksyen 7 di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, selain enam mangsa yang terlibat dalam kejadian itu terdapat 10 lagi pekerja yang sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian lain banglo tersebut.

Beliau berkata, 10 pekerja tersebut terselamat kerana mereka melakukan kerja-kerja pembinaan di bahagian belakang yang terletak agak jauh dari kawasan runtuhan.

“Salah seorang daripada mereka, Supardi, berusia lingkungan 30-an membantu kami membuat pengesahan bahawa hanya enam mangsa yang terperangkap.

“Kenyataan Supardi disahkan Unit Anjing Pengesan (K9) yang turut membantu mengesan mangsa," katanya ketika ditemukan pemberita dalam Majlis Temuduga Calon Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang, seorang pekerja binaan warga Indonesia maut manakala lima lagi cedera termasuk seorang putus pergelangan kaki selepas bumbung banglo milik seorang ahli perniagaan yang sedang diubah suai runtuh dan menghempap mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment