My Add

Saturday 6 October 2012

Penurunan tertinggi eksport negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Eksport Malaysia mencatatkan penurunan tertinggi dalam tempoh tiga tahun pada Ogos lalu disebabkan permintaan dalaman yang perlahan daripada China dan Eropah.

Eksport pada bulan berkenaan jatuh untuk tempoh dua bulan berturut-turut sebanyak 4.5 peratus kepada RM55.97 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kejatuhan tersebut lebih teruk daripada jangkaan awal iaitu sebanyak 2.5 peratus yang dibuat Dow Jones melalui tinjauan terhadap 13 pakar ekonomi.

Penurunan pada bulan berkenaan merupakan yang tertinggi sejak sejak 2009 dengan rekod terburuk adalah 23.9 peratus semasa krisis ekonomi.

Data terbaharu ini jelas menunjukkan permintaan rendah telah menghantui ekonomi Asia yang kebanyakan negara di bawahnya bergantung kepada kuasa eksport.

Korea Selatan mengalami kemerosotan paling teruk dengan rekod tiga bulan berturut-turut sehingga September lalu, diikuti Indonesia sebanyak 24.3 peratus pada Ogos lalu berbanding tempoh sama tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment