My Add

Saturday 6 October 2012

Mahkamah Tinggi ada bidang kuasa

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini berpendirian bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes saman berhubung isu-isu yang timbul ekoran proses pertukaran jantina melibatkan transeksual.

Keputusan yang menjadi nas undang-undang itu meleraikan percanggahan sama ada mahkamah di negara ini mempunyai bidang kuasa demikian berikutan empat penghakiman Mahkamah Tinggi yang saling berlawanan.

Mahkamah Tinggi Ipoh, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan masing-masing tidak mempunyai bidang kuasa tersebut manakala Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sebaliknya.

Keputusan tiga Mahkamah Tinggi itu berlandaskan kepada penghakiman dua Mahkamah Tinggi di United Kingdom yang berpendapat tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan dan mengiktiraf isu-isu berkaitan pertukaran jantina. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment