My Add

Saturday 27 October 2012

Perkasa persoal kenapa hanya serang Syed Mokhtar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment