My Add

Saturday 27 October 2012

Khutbah Aidiladha kebencian di Kelantan

KOTA BHARU, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) kerana masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.

"Sangkaan saya, setelah ditegur keras oleh saya dan beberapa pihak lain kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan hasutan politik sebelum ini, tentulah DUPK akan mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang bernada lebih kendur. - UTUSAN










 

No comments:

Post a Comment